Pernah satu ketika, jejaka bernama Muhammad Khalid Ismail ini telah menjadi buah mulut warganet kerana kefasihan beliau bertutur dalam bahasa Korea di rancangan televisyen Korea Selatan, Abnormal Summit.

Terbaharu, Khalid telah dianugerahkan anugerah rakyat kehormat Seoul oleh Datuk Bandar Seoul sendiri di atas usahanya untuk membantu bandaraya tersebut menjadi mesra muslim.

Berdasarkan perkongsian Khalid di akaun rasmi Facebook miliknya, pengiktirafan tersebut diberikan di atas usahanya bersama isteri, Lee Seul dalam menjadikan bandaraya tersebut sebagai sebuah bandaraya global yang mesra muslim.

Menerusi perkongsian beliau, Khalid turut juga menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua orang yang telah memberikan kata-kata semangat di atas perjuangan beliau dan isteri.

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini telah menjadi ‘duta’ di sana kerana sering mengetengahkan pelancongan halal yang secara tidak rasmi, telah menghubungkan Malaysia dan Korea Selatan.

Kepada yang tertanya-tanya tentang kerakyatan jejaka ini, Khalid masih lagi merupakan warganegara Malaysia. Apa pun, kami di Malaysia turut berbangga dengan pengiktirafan yang diterima beliau. Diharapkan agar Khalid akan terus mengharumkan nama Malaysia di Korea!

Ini pula kisah pelakon Korea yang buka restoran dan menetap di Johor. Klik pada pautan di bawah untuk membaca.

Pelakon Korea, Chae Song Ah Buka Restoran Dan Menetap Di Johor

Sumber