Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Rakyat Malaysia tidak pernah gagal menunjukkan sisi-sisi toleransi dan sikap suka membantu antara satu sama lain tanpa mengira kaum. Disebabkan itu kita sentiasa hidup harmoni.

Terbaharu, sebuah video eksperimen sosial yang dilakukan di ibu kota Kuala Lumpur tular di media sosial memaparkan seorang lelaki Melayu membantu pemuda Cina mengikat tali leher.

Untuk pengetahuan anda, pemuda Cina tersebut iaitu Leeroy Wong merupakan seorang YouTuber dan melakukan eksperimen sosial meminta bantuan stranger untuk membantunya mengikat tali leher.

Dalam video tersebut, Leeroy mengatakan dirinya mahu menghadiri sesi temuduga. Menjadi perhatian apabila seorang lelaki Melayu tanpa berfikir panjang membantunya mengikat tali leher.

Lebih mengharukan apabila lelaki tersebut menyisir rambut Leeroy agar terlihat kemas. Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji tindakan lelaki itu.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut tersentuh melihat tindakan lelaki itu yang melayan Leeroy seperti anaknya sendiri. Malah, para netizen turut mengatakan moment ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia sebenarnya bersatu padu.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan rakyat Malaysia di The Vocket pada pautan di bawah. 

Niat Perlecehkan Barista Berbahasa Malaysia, Aduan Lelaki Cina Ini Dikecam Hebat Netizen

Gambar Wanita Teduhkan ‘Aunty’ Guna Fail Ini Buat Netizen Bangga Jadi Rakyat Malaysia

Wanita Melayu Ini Kejutkan Ramai Dengan Kebolehan Membaca Berita Bahasa Mandarin

Anda Mungkin Suka