Autisme adalah satu bentuk kecelaruan neurologi yang mengganggu fungsi otak sejak dalam kandungan. Mereka yang autisme menghadapi masalah dalam perhubungan sosial, komunikasi, emosi, rutin berkaitan minat, tingkah laku dan kecenderungan dalam melakukan sesuatu.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @mommy.tqi telah berkongsi sebuah video dimana memaparkan dia membawa anaknya yang autisme menggunakan perkhidmatan ‘Butterfly Effect’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika menunggu penerbangan mereka.

Baca Juga:

@mommy.tqi

Untuk yg ada autism kids. Kalau nak fly, register butterfly effect k ❤️ #butterflyeffect #malaysiaairlines #autismawareness #autismacceptance #autismoftiktok #autistictoddler #mygirlautism

♬ Buah Hati – Armada

Menerusi perkongsiannya itu, dia memberitahu orang ramai bahawa perkhidmatan ‘Butterfly Effect’ itu memudahkannya dimana membantu menenangkan anaknya ketika menunggu untuk penerbangan mereka.

Susulan itu, video terbabit telah meraih perhatian orang ramai dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen baru tahu akan kewujudan servis tersebut serta memuji pihak lapangan terbang Malaysia kerana tampil dengan inisiatif tersebut.

Untuk pengetahuan anda, ‘Butterfly Effect’ adalah satu kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan khas untuk penumpang yang kurang upaya tersembunyi seperti autisme. Jika anda perlukan bilik ‘Butterfly Effect’ ini, anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di sini.