Kerajaan mengumumkan tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM100 bagi kategori isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media khas sebentar tadi. Jelasnya, pertambahan bantuan itu melibatkan peruntukan RM630 juta.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bayaran tambahan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini.

“Bayaran Fasa 2 BKM melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima BKM menerima sehingga RM400 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing.

“Setiap penerima BKM bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing. Bayaran bantuan tunai tambahan yang dibayar bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta,” katanya.

Bayaran ini akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima merangkumi 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022. Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40 terutamanya dalam menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

Luahan hati seorang guru agama yang hanya menerima gaji RM450 sebulan menimbulkan rasa sayu netizen. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Normal Ke Masih Bergaji RM450 Sebulan?’ – Guru Tadika Islam Luah Perasaan Kepada Fedtri Yahya

Ekonomi Malaysia Berada Di Tahap ‘Baik’ Walaupun Diasak Cabaran Global, Kata Bank Dunia

Mat Saleh Mampu Bertutur Pelbagai Bahasa Mengalah Bila Wanita Ini ‘Kecek Kelate’