Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Menerusi perbentangan Bajet 2023 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz sebentar tadi, pihak kerajaan bakal menawarkan bantuan kewangan sehingga RM2,500.

Menerusi bantuan kewangan yang diumumkan, penjawat awam bakal menerima Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100, Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 dan juga Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600.

Jumlah ketiga-tiga bantuan ini bakal memembolehkan pejawat awam gred 56 dan ke bawah bakal meraih sehingga RM2,500 termasuk Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 berjumlah RM1,200 bagi satu tahun.

Semoga dengan penerimaan Bantuan Khas Kewangan ini bakal memberi sedikit kelegaan buat para penjawat awam untuk berbelanja secara berhemah atau membuat tabungan mengikut pelan kewangan yang ditetapkan.