Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bantuan wang tunai sebanyak RM600 kepada golongan pemandu pelancong, pemandu teksi, pemandu bas persiaran dan penarik beca yang berdaftar adalah antara intipati penting yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi pada semalam.

Pakej Rangsangan Ekonomi itu diumumkan oleh perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad untuk membantu negara berdepan ketidaktentuan ekonomi yang berpunca daripada penularan wabak Coronavirus Covid-19.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Selain daripada bayaran one off itu, beliau turut mengumumkan elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada kakitangan perubatan dan doktor yang terlibat dalam menguruskan kes-kes Covid-19.

Manakala, kakitangan barisan hadapan yang membendung Covid-19 dan kakitangan imigresen juga akan diberikan bayaran sebanyak RM200.

Untuk mereka yang tidak terlibat dalam usaha untuk membendung penularan Covid-19, pakej tersebut juga turut memperuntukkan bantuan kepada mereka melalui langkah mengawalkan Bantuan Sara Hidup kepada Mac tahun ini daripada Mei.

Tidak cukup dengan itu, mereka yang menerima BSH juga akan menerima tambahan RM100 yang akan dikreditkan dalam akaun pada Mei serta RM50 yang akan dikreditkan ke akaun e-Tunai.

Pengumuman pakej rangsangan ekonomi ini bukanlah yang kali pertama dilalui Malaysia dengan perkara sama pernah dilakukan pada tahun 2002 ketika penularan wabak SARS. Melalui pakej ekonomi ketika itu, kedudukan ekonomi Malaysia berjaya pulih pada tahun berikutnya.

Justeru itu, Dr Mahathir yakin negara kita mampu untuk mengulangi perkara sama dengan pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan ketika ini dalam berhadapan dengan wabak Covid-19.

Sebelum ini, penularan wabak Covid-19 dikatakan telah memberi kesan kepada keadaan ekonomi negara dan dunia dengan industri pelancongan antara yang paling terkesan.

Bagaimanapun, pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh perdana menteri interim kita ini diharap akan dapat membantu memulihkan kembali keadaan ekonomi yang sudahpun atau mungkin terjejas kerana Covid-19.

Baru-baru ini, Arab Saudi mengumumkan untuk memberhentikan sementara kemasukan jemaah umrah ke negara mereka berikutan penularan wabak Covid-19. Klik pautan di bawah untuk membaca dengan lebih lanjut. 

Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah Berikutan Wabak Coronavirus

Coronavirus Buat Jepun ‘Cuak’, Cadang Batal Penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020

18 Warga Korea Selatan Dijangkiti Coronavirus Selepas Selesai Ziarah Israel

Anda Mungkin Suka