Seorang usahawan Melayu buka kedai dobi layan diri francais, modal RM400K. Beliau guna tunai yang dikumpul semasa bekerja O&G (minyak dan gas) dahulu.

Beliau mengeluh pendapatan sekadar dapat bayar sewa kedai, eletrik dan kos lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekiranya beliau membuat pinjaman bank untuk membuka francais dobi tersebut, memang sudah rugi setiap bulan.

Beliau juga sudah rugi dari segi opportunity cost, kerana tunai RM400K itu dapat memberi lebih pulangan wang dengan disimpan dalam Tabung Haji atau ASB.

Usahawan India dan kedai gunting rambut

Seorang usahawan India, sudah membuka 12 cawangan kedai gunting rambut dengan modal minima tak sampai RM30K setiap satu.

Kedai gunting menyewa kedai yang sudah di partition separuh, sewa lebih murah.

Tenaga pekerja India dan Bangladesh yang sudah lama menetap di Malaysia.

Sudah tentu beliau berjaya membuat keuntungan sehingga dapat membuka banyak cawangan.

Apa anda belajar?

Apa yang anda dapat belajar dari penulisan ini? Jom kongsi di komen.

Komen saya:

1. Bisnes nampak gah, class dan cantik belum tentu boleh buat untung.

2. Bisnes nampak biasa dan tak class, untung mungkin lebih banyak daripada bisnes nampak gah.

3. Kita buat bisnes sebab nak duit, bukan sebab nak berbangga pada kedai yang gah, canggih dan class.

4. Kebanyakan francais suka makan orang baru nak bisnes, kerana mereka boleh buat untung besar bila anda buka francais.

Sasaran mereka ialah penerima EPF, pencen, VSS, dan pampasan kerajaan. Angka-angka cantik akan dihidangkan untuk anda.

Namun begitu, ada juga francais yang bagus. Jika perlukan kepastian, bolehlah inbox saya atau bertanya usahawan lain.

5. Channel (cawangan) yang banyak memberi anda lebih pendapatan.

Bisnes yang modal rendah membolehkan anda buka lebih banyak channel.

6. Jangan buka bisnes sebab anda ada duit.

Sebaliknya, buka bisnes bila sudah ada ilmu dan betul-betul sudah bersedia.

Sebelum mula, cuba bertanya dulu dengan usahawan lain.

7. Untuk orang baru nak mula niaga, adalah sesuai guna prinsip ini START SMALL, EXPAND LATER.

Mulakan perniagaan dengan modal sekecil mungkin, untuk anda bertatih dahulu.

Jangan guna prinsip Go Big or Go Home jika anda baru nak mula niaga, kerana besar kemungkinan akan jadi Go Big, Die, Go Home (Bungkus).

Hilang modal RM200,000 adalah sangat besar impaknya berbanding hilang modal RM10,000 untuk niaga pertama anda.

Hilang modal RM200,000 akan giveup terus, dan RM10,000 anda boleh bangkit kembali.