Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan satu statistik membimbangkan hari ini: cuma 6 peratus daripada rakyat Malaysia yang bekerja mampu untuk menyara diri bagi tempoh lebih enam bulan jika mereka tiba-tiba menganggur.

tabiat-buruk-rakyat-Malaysia
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mempunyai perancangan belanjawan yang teratur dan tiada disiplin kewangan. — Foto oleh Saw Siow Feng

Menurut kajian BNM baru-baru ini melibatkan lebih 4,000 rakyat Malaysia yang bekerja, kebanyakan daripada responden tidak mempunyai perancangan belanjawan yang teratur, atau tidak mengamalkan disiplin kewangan untuk mengurus perbelanjaan dan hutang.

“Rakyat Malaysia cenderung untuk fokus kepada kepuasan jangka masa pendek,” kata pengarah pengendalian pelanggan dan pasaran BNM, Suhaimi Ali, semasa membentangkan laporan kajian itu.

Menurut Suhaimi, rakyat Malaysia yang termasuk dalam kategori 40 peratus termiskin berhutang sebanyak 14 kali pendapatan tahunan mereka, secara purata.

Sebanyak 19 peratus daripada responden berasa mereka ada terlalu banyak hutang, manakala cuma 26 peratus melangsaikan hutang kredit kad mereka dengan penuh di hujung bulan.

Bancian tersebut juga mendapat cuma 51 peratus responden menyimpan wang dalam tabung kecemasan, dan 76 peratus mengakui mengalami kesukaran menyimpan hingga RM1,000 untuk kecemasan.

BACA: Belia Malaysia Bergelut Dengan Hutang

BACA: Cara Langsaikan Hutang RM43K Dalam Masa 14 Bulan

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram