title=

Pernahkah anda rasa serabut kerana banyak nya kerja dan perkara yang perlu diselesaikan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jika ye, tips ini pasti boleh membantu anda. Ia telah dikongsikan oleh Tuan Umar Taib (seorang usahawan internet yang berjaya) di wall FB beliau.

“To Do List yang memudahkan hidup”

1. Semalam saya tanya siapa yang buat To Do List setiap hari? Lebih ramai yang Like soalan daripada yang jawab soalan. hehe

2. Ada orang buat To Do List panjang lebar. Lebih panjang daripada resit lepas shopping kat Giant.

3. Persoalannya, sempat ke buat semua To Do List tu dalam 1 hari? Apa jadi bila banyak perkara yang tak sempat dibuat?

4. Bila dah banyak perkara yang tak sempat dibereskan, mulalah kita rasa demotivate. Rasa no point buat To Do List ni. Bukan boleh siap semua! Akhirnya langsung tak nak buat To Do List. Kan?

5. Itu masalahnya bila To Do List kita terlalu banyak. Just make it simple. Katakan kita ada 50 perkara yang perlu dibereskan. Pecahkan perkara tersebut kepada beberapa bahagian.

6. Mungkin 5 perkara untuk setiap List. Setiap List mesti setel dalam 1 hari. Kalau list 1 dah setel awal, boleh mula setelkan list ke 2 pada hari yang sama. Jadi dalam masa lebih kurang 10 hari akan siap semua.

7. Ramai juga yang buat keutamaan dengan memberi nombor pada perkara yang mereka perlu buat pada hari tersebut. Perkara ABC, nombor 1. Perkara XYZ, nombor 2. Perkara HIJ, nombor 3.

8. Saya tak buat. Saya cuma pilih 1 perkara paling penting yang saya kena bereskan. Yang lagi 4 tu just go with the flow. Janji setel pada hari yang sama. Kepala tak serabut. Kita bukan robot.

9. All the way kita setelkan perkara kecil-kecil ini semua, kita sebenarnya sedang membina keyakinan dan meningkatkan produktiviti diri.

10. Kita akan lebih cepat buat perkara yang nampak mudah. Saya lebih banyak angkat pensil, daripada angkat dumbbell.

Sumber : Tuan Umar Taib, dengan izin [TV]

Like FB page TheVocket. Klik sini.