Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Malaysia adalah antara negara yang menjadi tumpuan pelancong. Setiap tahun kita didatangi pelancong daripada pelbagai negara yang hadir untuk melawat pulau-pulau atau menara berkembar yang berada di tengah-tengah dada Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan:

Walaupun terdapat pelbagai kecantikan yang ditawarkan, namun lumrah alam, tidak semua yang diharap mampu mencapai tahap sempurna.

Melalui sebuah video yang dimuat naik oleh Chai, seorang vlogger dari Belanda yang bertanya kepada pelancong yang hadir ke Malaysia mengenai kebaikan atau keburukan sepanjang bercuti di negara ini. Temubual yang dibuat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tentang pengalaman mereka berada di negara ini hadir dengan pelbagai jawapan yang berlainan.

Sebahagian pelancong memberi komen bahawa kemudahan pejalan kaki di Kuala Lumpur masih lemah. Manakala sebahagian lagi menyatakan mereka terasa selamat apabila berada di negara ini. Yang lain pula memuji-muji makanan yang ditawarkan di Malaysia dan ada juga yang mempersoalkan pengurusan sampah di rumah ibadat.

‚ÄúOrang ramai sangat mesra, semua orang mahu membantu anda, itu bagus. Makanan adalah epik. Anda mempunyai makanan India, sedikit Cina, [dan] sedikit makanan Melayu. Ia sangat bagus,‚ÄĚ kata Ben, seorang pelancong dari UK.

‚ÄúSatu-satunya perkara yang saya rasa sukar di KL ialah ia tidak mudah untuk dilalui. Bagi warga asing, berjalan kaki tidaklah begitu hebat.¬†Jadi, anda akan berjalan selama seminit dan tiba-tiba, tiada jalan. Anda perlu mendapatkan Grab atau sesuatu,‚ÄĚ kongsinya sebelum¬†menambah bahawa untuk menempah teksi atau Grab juga sukar di Malaysia kerana ia mengambil masa menunggu sekitar 20 hingga 30 minit.

Sementara itu, Paul dan Jen yang juga dari UK memberitahu YouTuber bahawa mereka mendapati kebersihan di Batu Caves agak teruk. Mereka mendapati sampah berselerak di sekitar kawasan kuil yang telah menjadi tempat tarikan pelancong. Selain itu, Paul berkata bahawa agak takut untuk melintas jalan di sini kerana motosikal tidak mematuhi isyarat lalu lintas.

“Pada asasnya, (anda perlu) ada orang tempatan di sebelah anda, antara anda dan kereta, dan anda akan berasa lebih selamat,” katanya sambil ketawa selepas memuji negara ini kerana rakyatnya yang mesra dan pelbagai tempat untuk diteroka.

Sementara itu, bagi sepasang warga Australia, sate adalah makanan yang tidak boleh dilupakan sepanjang berada di negara ini. Mereka juga¬†memuji keramahan rakyat Malaysia dan rasa selamat di bandar itu, sambil menambah pepatah bijak bahawa setiap orang harus “menggunakan otak” kerana setiap bandar di dunia mempunyai kawasan yang tidak selamat.

Dalam video berbeza, Chai bercakap dengan pasangan Denmark yang agak tidak berpuas hati dengan Langkawi kerana banyak restoran tidak menyediakan minuman keras. Selain itu, mereka juga mengadu tentang penginapan mereka di Bukit Bintang yang terlalu jauh dari tempat-tempat tarikan.

Manakala Nicolas, seorang pelancong dari Perancis yang datang ke Malaysia disebabkan kerja, memuji kepelbagaian negara ini, berkata, ‚ÄúTiada yang sempurna. Tetapi nampaknya semuanya berjalan lancar.‚ÄĚ