Mereka yang menginginkan pengalaman menonton wayang di Kelantan boleh melupakan hasrat anda apabila kedua-dua syarikat pawagam terbesar di Malaysia mengesahkan bahawa mereka tiada rancangan berbuat begitu pada masa ini.

TGV Cinemas mengesahkan mereka ada menghubungi kerajaan Kelantan untuk memeriksa potensi bagi melebarkan sayap ke negeri pantai timur itu tetapi cuma sebagai misi mengumpul maklumat, manakala GSC pula cuma mengesahkan minat mereka.

Untitled-2-671×455
HYPE
Ini Sebab Utama Wanita Meluat Dengan Lelaki Kaki Kereta
Baca lagi →

“Ya, kami ada berhubung dengan kerajaan Kelantan untuk mendapat tahu tentang keperluan perlesenan untuk pawagan di Kelantan,” kata salah seorang pengurus besar TGV, Chung Shyh Kwong, kepada Malay Mail Online dalam satu email awal minggu ini.

Dalam satu laporan Sinar Harian baru-baru ini, exco Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood mendakwa ada tiga syarikat pawagam yang mahu membuka cawangan di Kelantan, namun semuanya tidak kembali meneruskan perbincangan selepas dimaklumkan syarat-syarat pembukaan pawagam.

Antara syarat-syarat di Kelantan termasuklah pengasingan tempat duduk untuk penonton lelaki dan perempuan, dan larangan tayangan semasa waktu Maghrib, malam Jumaat, dan ketika bulan Ramadan.

Artikel di atas disumbangkan oleh Vitdaily. Kaki Makan. Boleh ikuti beliau di sini.

Anda Mungkin Suka