Pengorbanan ibu dan ayah dalam membesarkan anak-anak begitu besar. Kasih sayang yang diberikan mereka tidak boleh disangkal lagi kerana mereka yang paling terkesan apabila sesuatu musibah berlaku kepada anak-anak.

Mereka pasti akan melakukan yang terbaik bagi mengembirakan hati anak-anak di kala ujian hidup datang melanda. Begitulah nasib yang terpaksa di tanggung oleh seorang bapa bernama Jeffri Senin apabila anak kesayangannya didiagnosis mengidap kanser tulang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
SUMBER: JEFFRI SENIN

Anak perempuannya, Rayyana yang berumur 9 tahun mengidap penyakit Ewing Sarcoma, salah satu jenis kanser tulang yang jarang berlaku.

Menurut Jeffri dalam satu temu bual bersama Harian Metro, berkata anaknya disahkan menghidap kanser tulang sejak Ogos lalu dan sedang mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah dan Hospital Sultan Ismail, di Johor.

Rayyana perlu menjalani 14 kali rawatan kemoterapi iaitu tiga minggu sekali selama setahun.

Rayyana mengalami keguguran rambut disebabkan kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi berkenaan. Sebagai seorang bapa, dia sanggup membotakkan kepalanya sendiri supaya kelihatan sama dengan anaknya itu. Menurut Encik Jefri, perkara tersebut dilakukan bagi menaikkan semangat dan memberikan kekuatan kepada anaknya yang bergelut dengan komplikasi tersebut.

Sumber: Jeffri Senin

Beliau memuat naik gambar mereka bersama-sama di Facebook. Kemudian, menunjukkan komen yang mengatakan dia kacak walaupun botak kepada anak perempuannya .

Menurutnya, “Saya ingin membuktikan bahawa perubahan ini bukanlah satu kekurangan, tetapi sebaliknya sesuatu perkara yang biasa. Sebagai seorang bapa, saya hanya boleh memberikan sokongan moral. Saya mahu dia menjadi kuat dan ceria sambil berjuang melawan penyakit ini, ”

Dia menegaskan bahawa dia tidak memerlukan bantuan wang ringgit, cuma cukup sekadar doa untuk anaknya agar cepat sembuh sahaja.

Terdahulu, seorang bapa menggunakan suara anaknya pada aplikasi Waze membuatkan Netizen tertarik. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Guna Suara Anak Pada Aplikasi Waze, Bapa Ini Curi Perhatian Netizen

IKEA Malaysia Beri Cuti Satu Bulan Bergaji Kepada Kaum Bapa

Kisah Pengorbanan Besar Seorang Bapa Demi Melahirkan Lagenda Catur Muda

 

Sumber