Setiap ibu bapa mahu berikan ‘hadiah’ yang terbaik buat anak-anak mereka tiap-tiap kali sambutan hari jadi pada setiap tahun. Tidak kiralah sama ada hadiah untuk besar ataupun kecil.

Baru-baru ini tular beberapa rakaman video dan gambar di mana ada sebuah Porsche 718 berwarna kuning dibawa di dalam sebuah kotak akrilik yang dihiasi dengan belon berwarna-warni, ucapan dalam Bahasa Cina dan belon bernombor 21.

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@nowawilson_/video/7161789154186005786?embed_source=70805740%2C70805740%2C70805740%2C120009725%2C120008483%3Bnull%3Bembed_name&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed&referer_url=pnews.space%2Fkecoh-kontena-berkaca-angkut-porsche-rupanya-hadiah-birthday-anak-yang-ke-21%2F&referer_video_id=7161417068540136731

Momen indah yang dirakam dan tular di media sosial itu telah mendapat pelbagai reaksi netizen. Ramai tumpang gembira apabila melihat gadis itu memeluk bapanya dengan penuh erat sekali.

Bagaimanapun dalam masa yang singkat sahaja netizen berjaya menjumpai ke manakah kereta Porsche itu menuju. Difahamkan kereta sportcar tersebut merupakan hadiah oleh bapa untuk diberikan sebagai hadiah hari jadi buat anak gadis mereka.

Sumber Gambar: TikTok @nowawilson_
Sumber Gambar: TikTok @nowawilson_
Sumber Gambar: TikTok @nowawilson_

Nyata netizen lagi, mereka tidak cemburu lihat gadis itu dihadiahkan kereta sportcar yang berharga ratusan ribu ringgit. Sebaliknya, mereka ‘cemburu’ melihat gadis itu masih mempunyai bapa untuk dipeluk dengan penuh kasih sayang.

Tambah netizen lagi, mereka turut respect melihat bapanya yang berpakaian biasa sahaja umpama ‘diam-diam ubi berisi’ mampu menghadiahkan sebuah kereta Porsche buat anak gadisnya yang sangat bertuah.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.