Seorang ayah mendapat perhatian warganet apabila beliau dirakam melakukan aksi berbahaya ketika menaiki motosikal sambil membawa anaknya. Video yang berlegar di media sosial itu kini mendapat perhatian negatif dari netizen dan dianggap memperjudikan nyawa anaknya.

Salah satu akaun di Twitter telah memuat naik video yang menunjukkan seorang ayah menerima cabaran perakam video untuk melakukan aksi ‘willie’ atau aksi mengangkat tayar hadapan sambil membawa anaknya. Lelaki tersebut turut dirakam melakukan aksi ngeri dengan tidak memakai topi keledar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/my_crimewatch/status/1493906556513316865?s=21

Sejak dimuat naik, video itu sudah ditonton lebih 100,000 kali. Kebanyakan warganet yang menonton meluahkan rasa geram kepada lelaki tersebut yang membahayakan nyawa anaknya.

“Bawak anak satu hal, tak pakai helmet satu hal, tak cover no plate satu hal,” kata salah seorang netizen. “Anda mungkin rasa cool, cuba kalau jatuh? Rasa cool pun dah tak ada, menyesal saja nanti,” kata netizen yang lain.

Manakala bagi seorang netizen, beliau melihat orang sekarang lebih suka mengejar perhatian dengan cara yang bahaya, “Demi content, semua orang sanggup buat apa je walaupun benda itu membahayakan nyawa,” katanya.

Sehingga laporan ini ditulis, masih belum ada apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa. Namun sebahagian netizen sudah menjangkakan bahawa lelaki itu akan menerima kesan selepas memperjudikan nyawa anaknya demi cabaran daripada si perakam.

Netizen luah kebimbangan lihat pemandu Triton biar kanak-kanak bermain di belakang. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Netizen Luah Kebimbangan Lihat Pemandu Triton Biar Kanak-Kanak Bermain Di Belakang

Sanggup Ikuti Trend Sehingga Abaikan Keselamatan Anak, Video TikTok Wanita Ini Raih Perhatian Netizen

Remaja Rohingya Berang Dirakam Minta Sedekah, Digelar ‘Long Tiger Jr’ Oleh Netizen