Berikutan filem Avengers: Endgame yang akan ditayangkan di seluruh dunia pada 24 April ini, Marvel dan BAPE tampil berkolaborasi untuk meraikan adiwira-adiwira ikonik tersebut.

Melalui laman sosial Instagram BAPE, ia tampil dengan beberapa rekaan ikonik adiwira Marvel seperti Iron Man, Captain America, Hulk, Thor, Rocket Racoon dan Black Widow. Malah, rekaan yang memaparkan adiwira tersebut juga tampil dengan corak ikonik BAPE iaitu camo dan diletakkan logo ikonik BAPE.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kolaborasi tersebut akan menampilkan koleksi seperti hoodies, sweaters, t-shirt dan aksesori lain. Walau bagaimanapun, tiada rekaan rasmi diperlihatkan untuk kolaborasi ini dan akan dikongsi dalam minggu ini.

bapexmarvel2

bapexmarvel3

bapexmarvel4

bapexmarvel5

bapexmarvel6