Setelah tular Februari lalu ura-ura jenama fesyen ternama Jepun, A Bathing Ape bakal buka butik pertama mereka di Malaysia, ia sudah pun jadi kenyataan apabila BAPE STORE®︎ MALAYSIA sudah pun beroperasi secara rasmi hari ini.

日本传奇潮牌 BAPE 终于进军马来西亚啦!这间全东南亚最大间的 Bape Store + 世界上唯一一间 Bape Cafe 只在Suria KLCC!感谢 Bape…

Posted by Photons 辐动 on Friday, 25 September 2020

Berdasarkan perkongsian oleh laman Facebook Photons, BAPE Store Malaysia adalah butik konsep terbesar jenama tersebut di seluruh dunia! Lebih menarik apabila kafe ikonik BAPE Cafe!? rasmi pertama di dunia turut dibuka di Malaysia.

Tidak pasti menu apa yang tersedia di BAPE Cafe!? ketika ini dan sekiranya anda berada di sekitar KLCC, jangan lepaskan peluang untuk melawat butik BAPE STORE®︎ MALAYSIA. Dari segi harganya?

Agak ‘keras’ tetapi sekiranya anda peminat setia jenama ini, wang bukan halangan. Anda juga boleh membeli barangan BAPE STORE®︎ MALAYSIA di laman rasmi mereka di sini. Selamat menyokong BAPE!

Ini beberapa artikel A Bathing Ape lain yang anda boleh baca. Klik pada pautan di bawah.

A Bathing Ape: Jenama ‘Kepala Monyet’ Yang Sentiasa Laku Keras Di Jepun

Butik Rasmi A Bathing Ape Bakal Dibuka Di KLCC?

Model Edisi Khas BAPE x G-Shock DW-5750 Akan Dilancarkan Sabtu Ini

Anda Mungkin Suka