Ini berita baik buat anda yang meminati jenama BAPE kerana BAPE bakal tampil dengan koleksi jam tangan iaitu ABC Nato Belt Type 1 BAPEX.

Menariknya koleksi ini, keseluruhan jam tangan ini dipenuhi dengan corak camo dimana bukan sahaja pada tali nylon tetapi termasuk juga pada wajah jam tangan. Jam tangan ini tampil dengan 3 variasi warna iaitu biru, hijau dan merah jambu.

Malah, slogan BAPE iaitu APE SHALL NEVER KILL APE dan logo BAPE turut dipamerkan di jam tangan ini. Walaubagaimanapun, harga dan tarikh koleksi jam tangan ini akan dijual masih belum diumumkan oleh BAPE.

bapeabc2
bape3