Kolaborasi BAPE x adidas untuk model NMD R1 pada 2016 berjaya mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat dari kedua-dua jenama ini. Baru-baru ini, telah tertiris gambar rekaan kasut kolaborasi dua jenama popular ini di laman media sosial Yeezy Mafia.

Untuk edisi kali ini model UltraBOOST menjadi pilihan untuk rekaan kerjasama ini. Dikatakan terdapat dua corak camouflage yang ditawarkan buat para peminat. Rekaan ini juga bakal didatangkan dengan model soccer cleat.

Walaubagaimanapun, kolaborasi BAPE x adidas model UltraBOOST ini akan mula dijual secara rasmi pada bulan Januari tahun hadapan dan dijual dengan harga sekitarĀ $200 (RM 807). Harga resell bagi kasut ini pula kemungkinan bakal ditawarkan dengan harga berganda lebih tinggi melihat kepada trend sebelum ini.

UltraBOOST x BAPE "USA" January 2019 $200 As well as soccer cleats..

A post shared by YEEZY MAFIA (@yeezymafia) on

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group