Melaka merupakan destinasi pilihan berikutan terdapat pelbagai tempat menarik dan penuh dengan peninggalan sejarah.

Terbaharu, pemilik muzium Rumahku Muziumku, Nordin Ali akan menutup muzium persendiriannya kerana barang antiknya kerap dicuri oleh pengunjung. Beliau kecewa dan berasa sedih kerana ada pengunjung yang sengaja mengambil barang antik milik beliau tanpa pengetahuan dan kebenarannya.

Malah, rumah beliau turut menjadi sasaran pencuri dimana barang antik seperti mangkuk tembaga terapi tangan yang dibeli lebih 10 tahun lalu telah dicuri. Sedia maklum bahawa barangan antik memang memiliki harga yang mahal dan memiliki sentimental value pada pemiliknya.

antikcina1.transformed
Sumber: Google

Bagi beliau, bukanlah kerana kerugian wang beliau tutup muzium tersebut tetapi kerana kehilangan barangan antik bernilai yang baginya sukar untuk dicari ganti. Untuk pengetahuan anda, muzium tersebut telah dibuka sejak tahun 2002 dan menempatkan lebih 2,500 artifak antik termasuk peti nyanyian dan radio berusia lebih 120 tahun, dan banyak lagi.

Saudara Nordin telah membuka muzium ini 17 tahun lalu dan membenarkan pengunjung masuk secara percuma. Ini pastinya merupakan satu kerugian untuk generasi akan datang.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Pernahkah anda berkunjung ke muzium ini? Jika anda ingin ke Melaka tetapi tidak tahu ingin menginap di mana, anda boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

5 Hotel Mewah Tetapi ‘Murah’ Di Melaka

The Shore Oceanarium Melaka, Destinasi Percutian Yang Ideal Bersama Keluarga

Taman Tema Air Hasbro Pertama Dunia Bakal Dibina Di Melaka

Sumber