J&T merupakan antara syarikat kurier pilihan ramai kerana servisnya yang cepat menghantar parcel. Selepas isu komisyen pekerja J&T tidak dibayar dan menyebabkan longokkan parcel, kini muncul pula isu baru.

Terbaharu, sebuah video tular di media sosial apabila parcel dihantar kurier J&T dicampak lalu menyebabkan barangan tersebut rosak dan pecah. Dapat dilihat menerusi video tersebut, tiada kotak dan bubble wrap digunakan untuk membungkus barangan pengguna serta tiada tanda fragile diletakkan oleh penjual.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Cubaan menyalahkan pihak J&T diatas sikap yang tidak bertanggungjawab, rata-rata netizen mengecam kembali tindakan pembeli tersebut. Para netizen menegaskan perkara ini berlaku disebabkan kesalahan penjual tidak meletakkan bubble wrap atau kotak pada bungkusan.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan parcel yang diterima mereka selama ini sentiasa dalam keadaan elok. Malah, para peniaga yang menggunakan perkhidmatan J&T turut tiada masalah dan pembeli sentiasa memuji kerana parcel cepat tiba.

https://twitter.com/soulzoul/status/1354034109652365312

Difahamkan, pemilik asal video tersebut telah memadamkan video itu setelah dikecam ramai. Apakah pendapat anda akan isu yang dibangkitkan ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel menarik pada pautan di bawah ini.

Tular Tiada Komisyen Jika Penghantaran Kurang 1,000 Bungkusan, Lelaki Ini Kongsi Senario Sebenar Pekerja ‘Delivery’

Raih RM18,000 Dalam Masa 2 Bulan, Netizen Tergamam Lihat Pendapatan ‘Rider’ Makanan