Polis hari ini telah mendedahkan nilai harta rampasan di kediaman bekas Perdana Menteri Malaysia keenam Datuk Seri Najib Razak yang dirampas pada bulan lepas bernilai RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Amar Singh memberitahu seramai 150 anggota penyiasat teruskan pengiraan nilai barang rampasan bermula 21 Mei hingga 25 Jun yang memgambil masa 36 hari walaupun ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk mengira dan menilai barang rampasan dan ia melibatkan beberapa analisis terhadap kos rekabentuk beberapa barang kemas dan beg tangan.

Berdasarkan laporan Berita Harian, antara barang dirampas Wang tunai RM116.7 juta, 12,000 barang kemas bernilai RM440 juta, 567 beg tangan yang membabitkan 37 jenama seperti Hermes, Prada dan Chanel bernilai RM51.3 juta, 423 jam tangan bernilai RM78 juta, 234 cermin mata hitam bernilai RM374,0000 dan barang kemas dirampas pula termasuklah Rantai leher (1,409 unit), cincin (2,200 unit), Gelang (2,100 unit), Subang (2,800 unit), Kerongsang (1,600 unit) dan Tiara (14 unit).

Datuk Amar Singh berkata pihak polis akan mengenal pasti penyumbang-penyumbang barang-barang yang dirampas oleh mereka dalam masa terdekat.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group