Siapa sangka persiapan terakhir pasukan permotoran untuk bertarung di litar Sepang bertukar menjadi tragedi buat pasukan Ángel Nieto apabila barangan-barangan persiapan jentera pasukan mereka telah dicuri.

Difahamkan pasukan ini terdiri daripada beberapa motosikal untuk dipertandingkan menampilkan Gaviota Angel Nieto (Moto3 dan Moto2), BOE Skull Rider Mugen Race (Moto3), CIP Green Power (Moto3), Reale Avintia Arizona 77 (Moto3) dan Red Bull KTM Ajo (Moto3).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan laporan, pasukan ini pada awalnya tidak diberikan ruang paddock khas sebaliknya hanya diberikan sebuah tempat di ruangan parkir P1. Selain itu, ketiadaan CCTV di beberapa kawasan di litar Sepang antara yang membuatkan proses memberkas pencuri semakin sukar.

Antara barangan yang dilaporkan hilang adalah shock absorber Moto3, brake calliper, komputer serta beberapa barangan lain.

Di sebalik ujian yang menimpa, pasukan ini berjaya menerima bantuan daripada pasukan seteru mereka iaitu SKY Racing VR46 yang memberikan dua pakej lengkap shock absorber. Para netizen juga nampaknya turut meluahkan kekecewaan buat pihak yang mencuri barangan ini sekaligus menjatuhkan imej permotoran di Malaysia.

712282
Sumber: Crash

Berbincang mengenai kos kerugian yang terpaksa ditanggung, difahamkan anggaran sekitar €40,000 (RM186,489.44) ke €50,000 (RM233,111.79) antara yang dijangkakan. Setakat ini persiapan untuk kelengkapan jentera utama telah siap sepenuhnya walau bagaimanapun pasukan ini bakal mengalami masalah berikutan ketiadaan alat ganti.

Sebelum ini, dilaporkan muzium yang dibuka secara percuma di Melaka bakal ditutup berikutan terdapat segelintir pengunjung yang mencuri barang antik di muzium tersebut. Turut dikongsikan tandas emas bernilai RM5 juta telah menjadi sasaran pencuri di Istana Blenheim.

Barang Antik Kerap Dicuri, Pemilik Muzium Percuma Di Melaka Ini Nekad Untuk Menutupnya

Istana Blenheim Kecoh Tandas Emas Bernilai RM5 Juta Dicuri

Sumber