Dalam satu kajian yang dibuat oleh firma SEMrush, jenama Supreme adalah jenama paling dicari secara atas talian terutamanya untuk barangan tiruan jenama berkenaan.

Seperti yang ramai tahu, barangan Supreme dilancarkan secara terhad dan harga untuk barangan yang original semestinya akan melambung tinggi. Jadi, permintaan barangan tiruan Supreme semakin tinggi terutamanya di Amerika Syarikat dan diikuti United Kingdom dan Jerman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih menarik, carian untuk barangan tiruan Supreme meningkat lebih 500% sejak kolaborasi jenama berkenaan bersama jenama Louis Vuitton October tahun lalu. Begitulah impak besar jenama Louis Vuitton kepada Supreme.

Selepas ini, jika anda ingin mencari barangan Supreme, berhati-hati kerana mungkin anda terbeli barangan Supreme tiruan. Untuk barangan Supreme yang legit, boleh singgah di preme.kl Subang Jaya untuk koleksi Supreme terbaru sehingga ke edisi khas.

Sumber