Sudah menjadi adat apabila tiba hari raya hampir kesemua gedung dan jenama akan menyediakan promosi raya. Nampaknya, Lazada juga tidak terlepas untuk menawarkan harga menerusi kempen ‘Marhaban Ya Ramadhan‘ yang berlangsung sepanjang bulan Ramadhan ini.

Buat anda yang selalu shopping di Lazada pastinya anda sudah tahu mengenai tawaran ‘Hot deal‘ yang sering dilakukan Lazada. Tawaran ini membolehkan pengguna mendapatkan beberapa terpilih dengan harga yang rendah pada masa yang singkat. Berikut merupakan antara tawaran ‘Hot deal‘ pada hari ini:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

1. Bantal Homez 100% Polyester

Bila tiba musim perayaan ini, stok bantal mungkin tidak mencukupi apabila sanak-saudara atau ahli keluarga yang jauh datang menginap di rumah anda. Untuk memberikan keselesaan sepenuhnya buat para tetamu, mendapatkan bantal yang mencukupi dan selesa untuk pasti antara yang menjadi keutamaan.

Lebih menarik sempena tawaran ‘Hot deal’ ini, bantal Homez ini ditawarkan dengan promosi beli satu percuma satu. Anda boleh dapatkannya di sini.

2. Telekung Siti Khadijah

Telekung Siti Khadijah Basic ini antara yang ditawarkan melalui promosi ‘Hot deal’ pada hari ini. Penggunaan material yang tidak panas dan selesa dipakai ini antara membuatkan telekung ini sentiasa menjadi pilihan pengguna. Anda boleh dapatkannya di sini.

Selain digunakan untuk penggunaan sendiri, telekung ini juga sering dijadikan hadiah buat yang tersayang.

3. Hisense 40″ Full HD LED TV

Ada yang sedang bercadang untuk mendapatkan TV LED sempena raya ini bagi menghiasi ruang tamu anda? Sekiranya anda sedang mencari TV LED dengan harga berpatutan, jenama Hisense antara jenama yang anda boleh pertimbangkan.

Harga yang ditawarkan juga jauh lebih rendah berbanding beberapa jenama TV yang lain. Saiznya yang sederhana besar disertakan pula dengan fungsi ‘Full HD’ antara yang membuatkan TV ini menjadi pilihan pengguna yang gemar bermain game di konsol PS4 Slim.

4. Samsung Galaxy S8

Smartphone flagship daripada Samsung yang baru sahaja dilancarkan ini kini ditawarkan secara promosi untuk masa terdekat. Samsung Galaxy S8 yang dijual secara rasmi pada harga RM3,299.00 ini kini ditawarkan pada harga RM2,858.00 sahaja.

Boleh tahan banyak juga diskaun yang ditawarkan Samsung untuk smartphone yang baru sahaja dilancarkan. Klik di sini untuk maklumat lanjut. Kami turut mengulas mengenai kecekapan smartphone Samsung Galaxy S8 ini di sini.

5. Samsung 23L Grill Microwave Oven

Lazada dan sale memang tak dapat dipisahkan. Setiap hari ada sahaja barangan yang ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. Khas untuk hari ini sahaja, Lazada dengan kerjasama Samsung Malaysia bakal menawarkan microwave ini dengan harga RM9.90 sahaja. Ya, harga yang sememangnya tidak masuk akal.

Memandangkan harga yang ditawarkan sangat rendah, kuantiti yang disediakan juga tidaklah terlalu banyak. Buat anda yang berminat untuk mendapatkan microwave ini, apa yang perlu anda lakukan adalah klik di link ini dan sedia menanti laman pautan yang akan dikemaskini di Facebook page Lazada. Dikhabarkan laman pautan pembelian bakal dilepaskan pada 12.00 tengah hari ini.

Kami cadangkan anda stand by dengan lebih awal untuk membolehkan anda dapatkannya sejurus laman pautan dibuka. Mana tahu, ini mungkin rezeki anda. Boleh juga digunakan sempena hari raya yang bakal kunjung tiba ini. Selamat membeli belah.