Bermula bulan Mac ini, pengeluar patung paling terkenal di dunia, Mattel akan memperkenalkan siri baru untuk patung Barbie yang dikenali sebagai ‘Fashionistas’. Siri ini akan memperkenalkan patung barbie dalam bentuk tinggi, petite, curvy dan warna kulit yang berlainan.

Berdekad lamanya Barbie dikritik kerana patung kegemaran gadis remaja ini tidak mewakili tubuh badan yang ideal untuk wanita. Patung Barbie membawa mesej yang tidak betul ; badan yang terlalu kurus. Banyak kajian dilakukan terhadap patung Barbie ini tentang bahaya gadis yang inginkan tubuh seperti Barbie. Mereka akan cenderung untuk mempunyai masalah pemakanan dan kemurungan kerana terlalu obses untuk menjadi seperti Barbie.

Mattel sebelum ini berdiri teguh dengan statement mereka bahawa masalah body image remaja perempuan datang dari ibu mereka atau rakan sekolah mereka – bukan dari patung Barbie.

Tetapi dengan penurunan kadar jualan di seluruh dunia sejak tahun 2012 ditambah lagi competition dari jenama patung yang lain, Mattel akhirnya mengalah dan mengeluarkan siri ‘Fashionistas’ ini.

Siri baru dari Barbie ini sedikit sebanyak memberi mesej kepada anak gadis muda bahawa setiap individu tidak mempunyai bentuk badan yang sama dan mereka perlu be proud with themselves. Kita semua cantik dan kacak dengan cara kita yang tersendiri.

barbie-realistic-bodies-doll-real-women-3

barbie-realistic-bodies-doll-real-women-2

barbie-realistic-bodies-doll-real-women-4

barbie-realistic-bodies-doll-real-women-5

barbie-realistic-bodies-doll-real-women-6