Beberapa minggu yang lalu, Marvel Studios telah mengumumkan tarikh rasmi Captain Marvel 2 yang akan ditayangkan pada Julai 2022.

Para peminat setia membuat andaian bahawa Jalan cerita untuk filem Captain Marvel 2 akan mengambil jalan cerita Secret Invasion, jalan cerita yang ketika ini digunakan untuk Siri Disney+. Paling menarik apabila dikhabarkan pasukan Avengers serba baharu akan diperkenalkan dalam Captain Marvel nanti.

Dalam versi komik, pasukan New Avengers merangkumi ahli-ahli baharu yang berbeza dengan rotasi Avengers sedia ada. Antara adiwira yang ada dalam pasukan New Avengers adalah Captain America, Iron Man, Wolverine, Spider-Man, Luke Cage dan ramai lagi.

Sekiranya jalan cerita Secret Invasion diambil, Captian Marvel 2 adalah platform terbaik untuk menyelit satu atau dua watak dari siri X-Men, sebagai permulaan Marvel untuk memperkenalkan X-Men dalam Marvel Cinematic Universe (MCU).

Tetapi ia tidak bermakna filem baharu Avengers akan muncul dalam masa terdekat. Mereka mahu built up watak baharu Marvel terlebih dahulu sebelum hadir dengan projek mega bagi manggabungkan para Avengers sedia ada dengan watak-watak baharu.

Captain Marvel 2 akan jadi tiitk permulaan Avengers seperti mana Captain America: Civil War menjadi titik mula Avengers: Infinity War sebelum ini. Mungkinkah Brie Larson yang akan menjadi ketua menggantikan Tony Stark?

Sama ada benar atau pun tidak, kita tunggu dan lihat sendiri Captain Marvel pada Julai 2022 nanti.

Disney sebelum ini telah mengubah tarikh beberapa filem akan datang mereka. Baca pada pautan di bawah.

Christian Bale Dilamar Marvel Studio, Bakal Bintangi ‘Thor: Love And Thunder’

Disney Umum Tarikh Baharu Untuk Filem MCU Phase 4

Selepas Dibuang Oleh Disney, Peminat Mahu Lihat Johnny Depp Dalam One Piece

Sumber