Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Teka-teki siapakah barisan kabinet ‘Kerajaan Perpaduan’ yang bakal bersama-sama dalam kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah terjawab dalam satu pengumuman siaran langsung sebentar tadi.

Artikel Berkaitan:

Senarai ahli kabinet ‘Kerajaan Perpaduan’ yang baru sahaja diumumkan adalah seperti berikut –

  1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan – Dato’ Seri Anwar Ibrahim
  2. Timbalan Perdana Menteri I dan Menteri Desa Dan Wilayah – Datuk Seri Zahid Hamidi
  3. Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi – Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof
  4. Menteri Pengangkutan – Anthony Loke
  5. Menteri Pertahanan – Datuk Seri Mohamad Hasan
  6. Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan – Nga Kor Ming
  7. Menteri Pendidikan – Fadhlina Siddiq
  8. Menteri Ekonomi – Rafizi Ramli
  9. Menteri Komunikasi dan Digital – Fahmi Fadzil
  10. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan – Mohamad Sabu
  11. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri – Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
  12. Menteri Dalam Negeri – Saifuddin Nasution
  13. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – Salahuddin Ayub
  14. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Dato’ Sri Nancy Shukri
  15. Menteri Belia Dan Sukan – Hannah Yeoh
  16. Menteri Kesihatan – Dr Zaliha Mustafa
  17. Menteri Agama – Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar
  18. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Urusan Sabah & Sarawak – Armizan Mohd Ali
  19. Menteri Sumber Manusia – Sivakumar A/L Varatharaju Naidu
  20. Menteri Pendidikan Tinggi – Mohamed Khaled Nordin
  21. Menteri Sains Dan Teknologi – Chang Lih Kang
  22. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi – Iwan Benedict
  23. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – Nik Nazmi Nik Ahmad
  24. Menteri Undang-Undang Dan Reformasi Institusi – Dato’ Sri Azalina Othman Said
  25. Menteri Luar Negeri – Dr. Zambry Abdul Kadir
  26. Menteri Kerja Raya – Dato Sri Alexander Nanta Linggi
  27. Menteri Pelancongan – Dato Sri Tiong King Sing
  28. Menteri Perpaduan Negara – Agoh anak Agang

Turut membantu dalam pengurusan kementerian kewangan akan dibantu oleh beberapa penasihat yang tidak diambil upah yang diketuai oleh penasihat Petronas iaitu Tan Sri Hassan Marican.

Setelah semua ahli kabinet mengangkat sumpah pada hari esok, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan bersama menteri-menteri untuk berbincang mengenai hala tuju serta kaedah baharu yang akan dilaksanakan bagi membangunkan negera.

Terdahulu, Dato’ Seri Anwar telah beberapa kali berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan supaya barisan Jemaah Menteri dapat diatur segera. Beliau turut memberi jaminan bahawa tidak akan melantik anggota melebihi keperluan atau sebagai imbuhan.

“Yang layak ini ratusan orang, yang dapat dipilih itu terbatas kerana seperti saya sebut sebelum ini, kita tidak mahu terlalu ramai menteri kerana mahu menjimatkan wang negara,” terang beliau.