Barisan pelakon tv siri Friends bersedia untuk disatukan semula menerusi satu program khas yang bakal berlaku secara spontan pada Mei 2020.

Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc, Matthew Perry, dan David Schwimmer semuanya dilaporkan sudah bersedia untuk kembali dalam program ini.

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →

“Mungkin anda boleh katakan bahawa mereka semua sudah kembali – kami menyatukan semula David, Jennifer, Courteney, Matt, Lisa, dan Matthew untuk satu rancangan khas HBO Max yang akan diprogramkan bersama seluruh siri Friends,” kata Kevin Reilly , ketua pegawai kandungan, HBO Max dan presiden, TBS, TNT, dan truTV.

Program yang dilakukan secara spontan ini akan dikeluarkan bersama-sama dengan 236 episod Friends dan sedia untuk dilanggan di HBO Max.

Difahamkan mereka semua akan menerima $ 2.5 juta (RM10.4 juta) sebagai bayaran untuk muncul kembali dalam program khas ini.

Friends, yang memulakan tayangan pada tahun 1994 telah menjadikan para pelakoan mereka bintang sehingga sekarang dan ia telah dipaparkan di layar sekitar British selama bertahun-tahun disebabkan permintaan penonton.

Selain Friends, Stephen Chow juga bakal kembali dengan Kung Fu Hustle 2. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Stephen Chow Sahkan ‘Kung Fu Hustle 2’ Sudah Mulakan Penggambaran Selepas 15 Tahun

Anda Mungkin Suka