Block tarikh 10 November 2019 depan kerana Konsert Hausboom Music 2019 akan dilancarkan dengan skala yang lebih besar di Mines International Exhibition Convention Centre (MIECC) bermula jam 4 petang hingga 10 malam.

Konsert ini bakal menghimpunkan 7 artis ternama tanah air dari pelbagai genre di bawah satu bumbung antaranya Hujan, Pop Shuvit, Bunkface, Gerhana Ska Cinta, K-Clique, Budak Nakal Hujung Simpang dan ratu rock negara, Ella.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Gabungan unik antara rock, hip hop, reggae dan ska ini bakal mencipta sejarah tersendiri dan dijangka dapat menarik lebih 7,000 penonton. “Hampir setiap tahun kami anjurkan konsert cuma tahun ini, kami mahu ianya berlangsung dengan skala lebih besar dan meriah. Yang pasti, pemilihan artis yang kami tampilkan di pentas Konsert Hausboom Music dapat menghiburkan semua yang hadir,” kata pengurus Eksekutif urusan Hausboom, Azri Zahier Azmi.

“Ramai kata kami ‘gila’ sebab baru sekarang buat pengumuman untuk Konsert Hausboom Music ini. Lagi-lagi kami cuma ada kurang sebulan sahaja lagi sebelum acara berlangsung. Tetapi disebabkan kami yakin dengan peminat para artis yang dipilih, kami harap Konsert Hausboom Music akan berlangsung dengan meriah dan bergaya,” tambah Azri.

Harga tiket untuk acara ini juga sangat munasabah dan ‘tidak masuk akal’, hanya RM30 untuk early bird, RM60 (Pintu Masuk) dan RM100 (RockZone). Tiket akan mula dijual menerusi TicketApps bermula 18 October 2019. Jom!

2019 merupakan tahun yang hebat untuk Hausboom. Baru-baru ini, Hausboom turut dipromosikan tanpa sengaja oleh artis K-Pop dan menyebabkan jualan mereka meningkat di Korea Selatan.

Permintaan Hausboom Meningkat Di Korea Selatan Kerana ‘Dipromosikan’ Artis K-Pop

Hausboom Tepati Janji Cabaran Di Twitter, Kereta #hausboomXhotwheels Bakal Diberi Percuma Di Art Of Speed 2019