World Coffee Championship merupakan acara yang mempamerkan bakat-bakat barista dari seluruh dunia mengikut beberapa kategori. Pertandingan peringkat dunia ini telah diadakan di Brazil bersempena dengan Minggu Kopi Sedunia.

Tahun ini dua orang barista dari Malaysia telah menyertai pertandingan ini dan menariknya saudara Irvine Quek telah dinobatkan sebagai johan dalam kategori World Latte Art manakala seorang lagi barista dari Malaysia saudari Regine Wai berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori World Brewers Cup.

Iskarnival 2019 Cover
HYPE
Mengapa Anda Perlu Terjah Acara Epik Iskarnival Eko 2019 Hujung Minggu Ini
Baca lagi →

Kategori Latte Art akan dinilai dari kesenian yang dipamerkan oleh peserta dalam menghasilkan kehalusan seni dalam minuman manakala Brewers Cup pula dinilai melalui kesenian penapisan kopi segar yang dibru secara manual.

regine wai

Regine Wai

Irvine Quek mempunyai pengalaman bekerja sebagai barista di 103 Coffee Workshop di Sri Petaling selama 4 tahun manakala Regine Wai dari Page 2 Cafe di Bangsar Shopping Center pula mula mengasah bakatnya melalui kerja sambilan dan memperoleh pengiktirafan pertama pada tahun 2015. Tahniah Irvine dan Regine!

Anda Mungkin Suka