World Coffee Championship merupakan acara yang mempamerkan bakat-bakat barista dari seluruh dunia mengikut beberapa kategori. Pertandingan peringkat dunia ini telah diadakan di Seoul, Korea Selatan bersempena dengan Minggu Kopi Sedunia.

Pada tahun ini, barista dari Malaysia iaitu Irvine Quek Siw Lhek berjaya menjuarai World Latte Art Championship 2019 yang dianjurkan oleh World Coffee Events. Kejayan yang diperoleh sekaligus menjadikan beliau juara buat kali kedua berturut-turut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi pertandingan pada kali ini, beliau yang baru sahaja berusia 21 tahun berjaya menandingi barista dari Korea Selatan, Kim Yong-jin dengan memperoleh 73 markah.

Mengulas mengenai kejayaan yang diperoleh, barista Irvine meluahkan rasa gembira beliau selepas berhempas-pulas berusaha menawarkan seni latte yang terbaik. Beliau juga turut berterima kasih buat orang ramai yang menyokong beliau selama lagi.

Menurut Irvine, beliau telah mengambil masa selama tiga bulan hanya satu untuk menghasilkan sebuah seni latte dengan rekaan beruang yang memakan ikan ini. Berdasarkan komen netizen yang pernah merasai kopi yang dihasilkan Irvine, masing-masing berpuas hati dengannya. 

Tahniah diucapkan buat Irvine. Semoga lebih banyak kejayaan diperoleh sekaligus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Kami kongsikan kepada kisah kejayaan Irvine yang menjadi juara World Latte Art Championship pada tahun lalu. Turut dikongsikan, kisah renungan tajam barista Pakistan yang membuatkan beliau ditawarkan menjadi model.

Barista Dari Malaysia Juara World Latte Art Championship 2018

Hidup Barista Pakistan Ini Berubah Apabila Gambar Renungan ‘Membunuhnya’ Ini Jadi Tumpuan

Starbucks Buka Cawangan Pertama Khas Ambil Pekerja Pekak Sebagai ‘Baristas’ Di Bangsar