Tidak semua orang mampu untuk miliki rumah sendiri terutama sekali yang baru sahaja bekerja. Oleh itu, rata-rata memilih untuk menyewa bilik berkongsi dengan orang lain.

Isu perkauman seharusnya sudah tidak lagi wujud dalam negara kita tetapi kejadian menimpa Diivek Suppiah yang dihalau daripada bilik sewa barunya di Subang kerana bukan Cina telah mendapat perhatian ramai.

za4g0030au-lenovo-tab-m10-hd-10-1-inch-tablet
HYPE
Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725
Baca lagi →

Hey Guys, I would like to share with you all something. I booked a room at *The Grand Subang SS13* last month and i just…

Posted by Diivek Suppiah on Wednesday, 12 August 2020

Menerusi perkongsian Diivek Suppiah di Facebook miliknya, beliau sudah membayar deposit dan sewa bilik pada waktu yang ditetapkan. Malah, beliau juga telah pindah masuk ke dalam rumah serta menghias biliknya dengan kemas dan cantik.

Walau bagaimanapun, beliau telah dihalau selepas 2 minggu pindah masuk ke bilik tersebut dan menurutnya, pihak pengurusan mengatakan bahawa pemilik rumah mahukan penyewa kaum Cina sahaja.

Oleh itu, beliau berasa kecewa dengan hal yang terjadi kepada dirinya dan tidak sangka bahawa sudah tahun 2020 tetapi masih lagi ada persepsi seperti ini. Perkongsian Diivek telah disahkan oleh pengurusan syarikat hartanah itu.

Perkara seperti ini bukan pertama kali berlaku dan apakah pandangan anda mengenai isu ini?

Sebelum ini, seorang doktor kaum India sukar untuk menyewa kerana isu yang sama. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Tidak Boleh Menyewa Kerana Perbezaan Bangsa, Luahan Doktor Ini Buat Netizen Kecewa

Niat Perlecehkan Barista Berbahasa Malaysia, Aduan Lelaki Cina Ini Dikecam Hebat Netizen

Facebook IBM Malaysia Diserang Netizen Selepas Komen Berunsur Perkauman Oleh Wanita Ini

Anda Mungkin Suka