Nota Editor: Temubual ini dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Eliayes Hamzah selepas beliau terbaca kisah seorang pemuda yang mampu memiliki hartanah pada usia yang cukup muda iaitu 22 tahun. Beliau sangat teruja lalu berjumpa untuk mendengar sendiri kisah pemuda tersebut. Pemuda tersebut meminta dipanggil sebagai Mr. L sahaja. Disini kami kongsikan semula temubual diantara tuan Eliayes Hamzah dan Mr. L untuk pembaca sekalian.

Eliayes: Sejak bila tuan mula berminat terhadap pelaburan hartanah?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mr. L: Saya mula berminat terhadap pelaburan hartanah selepas sebulan saya bekerja. Saya terfikir yang kerja makan gaji ini bukanlah segala-galanya bagi saya.

Eliayes: Daripada mana dorongan tersebut datang?

Mr. L: Abang saya memperkenalkan saya kepada. Hamba Tuhan. Bermula daripada situ saya banyak mengetahui tentang pelaburan hartanah. Dorongan? Tiada sesiapa. Saya sendiri yang mahu mencapai kebebasan kewangan kerana bagi saya makan gaji sangat memenatkan.

12414215_10153767707280768_1091710571_o

Eliayes: Apakah pekerjaan tuan sekarang?

Mr. L: Saya bekerja sebagai seorang Project Engineer. Seorang graduan dari UTP.

Eliayes: Jika tidak keberatan, berapakah gaji tuan semasa mula bekerja?

Mr. L: Saya tidak boleh dedahkan angka yang tepat kerana ia terlalu peribadi. Tetapi apa yang saya boleh beritahu gaji saya tidak kurang daripada RM5,000.

Eliayes: Berapakah hartanah yang tuan berjaya miliki setakat hari ini?

Mr. L: Alhamdulillah, sekarang saya berjaya memiliki 3 buah rumah. 2 buah rumah subsales dan 1 dalam pembinaan. Harga rumah yg saya beli sekitar RM50,000 ke RM350,000

Eliayes: Bagaimanakah tuan mampu mengumpul modal untuk membeli hartanah tersebut?

Mr. L: Saya mula menyimpan semasa saya belajar. Jangan terlebih belanja. Apabila diajak menonton wayang, saya beritahu tiada bajet. Alhamdulillah, saya mampu menyimpan tidak kurang RM10,000. Semasa bekerja saya masih mengamalkan tabiat yang sama. Tetapi bahagian mak ayah dan sedekah tidak dilupakan.

Eliayes: Boleh ceritakan secara ringkas jangka masa pembelian antara rumah pertama sehingga rumah ketiga?

Mr.L: Saya mula buat pinjaman selepas profil kewangan saya lengkap (Bulan ketiga selepas bekerja). Sebelum itu, saya menghabiskan masa berjumpa peguam dan membuat tinjauan hartanah yang ingin dimiliki. Saya menghantar permohonan secara serentak untuk ketiga-tiga hartanah tersebut. Hahaha. Saya menggunakan teknik multiple submission yang dipelajari daripada Hamba Tuhan.

mrl1

Eliayes: Apakah pelan jangka masa panjang tuan dalam pelaburan hartanah ini?

Mr. L: Sasaran peribadi saya ialah untuk mencapai kebebasan kewangan yang akan memberi pendapatan pasif kepada kehidupan saya sekeluarga. Apabila sudah mencapainya, insyaAllah lebihan yang ada akan diinfakkan.

Eliayes: Soalan terakhir saya, apa pesanan tuan kepada anak muda yg masih tiada kesedaran dalam memiliki hartanah?

Mr. L: Jangan ambil pinjaman yang tidak perlu, jangan berbelanja lebih walaupun mampu. Ingat, ekonomi negara sedang teruk dan kesihatan juga tidak selalunya baik. Jadi masa sihat inilah perlu kita sediakan payung and sampan.

Mr.L : Jangan asyik mengeluh sahaja. Gaji kecil, kerajaan buat hal, tol naik, minyak naik dan bermacam lagi tetapi tiada usaha untuk mencari jalan keluar. Mengadu boleh, tetapi usaha pun kena ada. Usaha tahan nafsu, usaha menjana pendapatan dan usaha menyimpan.

Eliayes: Terima kasih kerana sudi meluangkan masa berkongsi kisah tuan kepada saya. InsyaAllah saya akan sampaikan kepada umum. Salam.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada kita untuk mencapai kebebasan kewangan. Gaji beliau mungkin agak besar sebagai seorang graduan yang baru sahaja tamat belajar. Tetapi beliau masih belum memiliki sebuah kereta.

Beliau hanya menunggang motosikal ke tempat kerja, menyimpan hampir 70% gaji dan berkongsi menyewa rumah bersama rakan-rakan. Orang yang gagal akan selalu melihat masalah kepada setiap solusi. Semoga kita menjadi orang-orang yang berjaya.

Sebarang soalan, saya sarankan anda berhubung terus dengan Mr. L di https://www.facebook.com/muhd.lothfi.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram