Model Honda Civic FD sudah berusia hampir 16 tahun pada tahun ini, namun kereta tersebut masih menjadi rebutan serta pilihan di kalangan kaki kereta dalam masyarakat kita.

Baru-baru ini tular video TikTok oleh @ery_ryy di mana sebuah Honda Civic milik kawannya bukan sahaja ditenggelami air banjir di bahagian luar bahkan turut memasuki ruangan kabin dalam kereta yang diletakkan di sekitar kawasan perumahan Taman Sri Berembang, Klang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@ery_ryy

Member baru beli tak sampai 24 jam tiba2 bangun pagi terus kena banjir pisang😭😓

♬ original sound – Ery Ryy – Ery Ryy

Walaupun video tersebut pendek berdurasi kurang 10 saat itu, namun ‘kepedihannya’ turut dirasai oleh para penonton yang memahami perasan pemilik kereta tersebut.

Tambah orang ramai lagi, mereka berharap agar pemilik kereta tersebut bertabah dengan ‘ujian’ yang menimpa dirinya. Netizen juga mendoakan agar pemilik Honda Civic akan mendapat rezeki yang lebih baik pada masa akan datang.

Sumber Gambar: TikTok @ery_ryy
Sumber Gambar: TikTok @ery_ryy
Sumber Gambar: TikTok @ery_ryy
Sumber Gambar: TikTok @ery_ryy
Sumber Gambar: TikTok @ery_ryy

Jika dilihat video terbabit, nampaknya pemilik Honda Civic itu terpaksa mengeluarkan sejumlah wang lagi untuk membaiki beberapa keretanya yang baru sahaja diletakkan di kawasan rumah tidak sampai 24 jam.

Sementara itu orang ramai simpati serta risau dengan keselamatan seorang warga emas yang memandu sangat perlahan di jalan raya awam. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Orang Ramai Bimbang Keselamatan Warga Emas Pandu Myvi Cuma 10KM/J Di Jalan Raya

Tinggalkan ‘Rakan’ Terlibat Kemalangan, Tindakan Geng Honda Civic Ini Buat Netizen Tergamam

Netizen Puji Cara Doktor Gigi Sekolahkan Pemandu Myvi Buang Sampah Dari Tingkap Kereta

Sumber