Nama Ebit Lew tidak perlu diperkenalkan lagi dan rasanya umum mengetahui akan kewujudan pasar raya milik Ebit Lew yang menawarkan harga termurah bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Terbaharu, menerusi Instagram Ebit Lew, pasaraya Elews Mart di Sungai Buloh telah dipecah masuk awal pagi tadi. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pasar rayanya itu dimasuki dua individu.

Walau bagaimanpun, beliau redha dengan ujian tersebut dan percaya pasti ada hikmah disebaliknya. Difahamkan, sejumlah wang tunai dan barangan jualan berjaya dibawa keluar suspek.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir individu yang tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Malah, ada juga yang berdoa agar Ebit Lew sentiasa dimurahkan rezeki dan perniagannya akan lebih maju.

komen 1

komen 2

Diharap pelaku dapat ditangkap segera dan urusan Ebit Lew akan dipermudahkan. Apakah pandangan anda mengenai perkara ini?

Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa artikel berkaitan Ebit Lew pada pautan di bawah ini.

Marah Dengan Gedung Kain Terkenal, Netizen Seru Beli Koleksi Baju Ebit Lew Tunjuk Kuasa Pembeli

Tular Video Jagung Dirampas Penguatkuasa Di Selayang, Penjual Terharu Terima Bantuan Ebit Lew

Bukan Sekadar Harga Murah, Ebit Lew Kongsi Tujuan Buka Pasar Raya