Setiap tahun ramai pengguna pasti meluahkan rasa kekecewaan kerana kualiti pelekat cukai jalan (roadtax) dipercayai semakin teruk, ia lebih mudah terkoyak berbanding tahun-tahun yang sebelumnya.

Baru-baru ini seorang pengguna Twitter @helliioz666 berkongsi pengalaman kurang baiknya apabila roadtax terkoyak secara tiba-tiba apabila cuba membuka pelekat cukai jalan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam gambar yang dikongsikan beliau, kelihatan bahagian bucu kiri bawah mempunyai kesan koyak antara bahagian tepi dan bawah.

Ciapan tersebut telah mendapat perhatian netizen yang lain, menurut mereka walau dibuka dengan cara yang perlahan pun mudah koyak. Apatah lagi kalau dibuka secara kasar.

Orang ramai mengakui kualiti pelekat roadtax semakin menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Dengan pelantikan semula Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan, orang ramai meletakkan harapan tinggi agar beliau dapat menyelesaikan isu pelekat roadtax yang mudah terkoyak itu.

Netizen turut mencadangkan agar pihak kerajaan dapat mempertimbang pemansuhan penggunaan pelekat cukai jalan dan digantikan dengan sistem digital yang diguna pakai beberapa negara jiran lain seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Semoga kita semua dapat khabar gembira daripada Menteri Pengangkutan pada masa akan datang.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.