Pada 13 Januari lalu telah menjadi satu sejarah baharu buat Pulau Pinang apabila Lebuh Raya Bukit Kukus, lebuh raya tertinggi di Malaysia telah dibuka kepada orang ramai untuk memudahkan serta melancarkan aliran trafik.

Bagaimanapun, ramai orang menyalahgunakan lebuh raya itu dengan menjadikannya sebagai satu tempat perhentian untuk menangkap gambar persekitaran kawasan tersebut sehingga terpaksa dihalau oleh PBT kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku kepada pengguna lain.

Terbaharu, netizen menzahirkan perasaan kecewa apabila melihat pelbagai sampah-sarap terdiri daripada bungkusan air, puntung rokok, bekas makanan segera, tisu dan plastik bersepah-sepah di atas lebuh raya tersebut.

Hantaran Facebook Penang Kini dihujani dengan ratusan komen daripada netizen yang marah serta kecewa apabila melihat keadaan lebuh raya baharu yang baru sahaja dibuka dua minggu telah dikotori oleh pengguna-pengguna yang tidak bertanggungjawab.

Tambah orang ramai lagi, jika di kawasan awam pun sudah terserlah perangai suka membuat kotoran, apatahlah lagi kalau berada di kawasan tertutup seperti di rumah sendiri.

Netizen juga menegaskan bahawa ini salah satu sebab kenapa agak sukar negara mahu berkembang dengan lebih maju apabila masih ramai lagi pihak yang mengambil remeh mengenai asas kebersihan.

Sumber Gambar: Facebook Penang Kini
Sumber Gambar: Facebook Penang Kini
Sumber Gambar: Facebook Penang Kini

Orang ramai turut berharap agar pihak berkuasa dapat membuat rondaan dengan kerap dan pada masa mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana pengguna lebuh raya didapati mengotor kawasan tersebut.

Pada minggu lalu PBT terpaksa menghalau orang ramai yang meletakkan kenderaan di tepi lebuh raya bukit raya untuk bergambar. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Bahayakan Pengguna Lain, PBT Halau Orang Ramai Berhenti Bergambar Di Lebuh Raya Bukit Kukus

Buat ‘Gathering’ Di Jalan Pintas Temiang, Netizen Tegur Geng Konvoi Honda Civic

Sumber