Walaupun seorang pemandu mempunyai lesen dan pengalaman memandu puluhan tahun, setiap jenama kereta mewah tetap membuka ‘kelas memandu’ seperti Porsche Experience, Ferrari Corso Pilota dan Lamborghini Winter Accademia kerana pemandu tidak tahu kemampuan sebenar kereta yang mereka hasilkan

Baru-baru ini, seorang pemilik kereta eksotik berusia 43 tahun tidak bernasib baik apabila kereta Ferrari F8 Tributo baru miliknya terlibat dalam satu kemalangan di lebuh raya A5 di Eropah yang memusnahkan bahagian hadapan keretanya.

vocket-baru-enam-jam-pegang-kunci-ferrari-kemalangan-2
Sumber Gambar: excellauto
vocket-baru-enam-jam-pegang-kunci-ferrari-kemalangan-1
Sumber Gambar: excellauto

Pihak polis menyatakan kereta tersebut menggunakan tayar untuk ‘musim panas’ dan memandu dalam cuaca hujan pada ‘kelajuan’ yang tidak sepatutnya.

Pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penumpang pula telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecederaan yang dialaminya.

Difahamkan pemandu Ferrari F8 Tributo ini mengambil masa kira-kira satu tahun sebelum dia mendapat kereta yang telah dibuat khas dari Itali tersebut. Dan lebih menyedihkan lagi, dia baru sahaja memegang kunci kereta tersebut selama enam jam.

vocket-baru-enam-jam-pegang-kunci-ferrari-kemalangan-header

Satu gambar kejadian telah dikongsikan oleh pihak polis dan jumlah kerosakkan semasa kemalangan berlaku berjumlah EUR366,000 (RM1.7 juta), nilai tersebut termasuk dengan harga kereta.

Pada April 2019 lalu, Malaysia menjadi negara pertama yang melancarkan model Ferrari F8 Tributo di Asia Tenggara dalam satu acara meriah yang dihadiri pemilik-pemilik Ferrari dari Malaysia, Thailand dan Singapura.

Ferrari F8 Tributo Dengan 710 Kuasa Kuda Mula Ditawarkan Di Malaysia

Guna Enjin Pam Air, Anak Muda Ini Bina Replika Ferrari Dengan Kos RM4,118 Sahaja

Ferrari Milik Pemain Bola Sepak Itali Ranap Di Tangan Pekerja ‘Car Wash’