Tayangan episod satu untuk drama ‘Mr. Queen’ ternyata disambut baik oleh para peminat. Bermula dengan impak yang hebat, drama yang baru sahaja ditayangkan pada 12 Disember 2020 yang lepas ini telah berjaya mendapat rating no. 2 tertinggi dalam sejarah tayangan perdana tvN!

Berlatarkan era Joseon, drama ini merupakan sebuah drama yang menggabungkan dua zaman yang berbeza. Menceritakan tentang seorang lelaki dari dunia moden yang terperangkap di dalam badan seorang permaisuri pada zaman dahulu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan dari Soompi, tayangan perdana buat drama tersebut terus melonjak ke tempat pertama sebaik sahaja disiarkan. Drama ini turut juga memperoleh purata rating sebanyak 8.0%, iaitu rating tertinggi bagi seluruh saluran kabel.

Drama yang menggantikan drama popular Start-up yang baru sahaja tamat minggu lalu turut menggantikan tempat drama ‘Mr. Sunshine’ yang sebelum ni menduduki tempat kedua dalam sejarah rating tertinggi tvN.

Drama bergenre komedi ini nampak macam menarik pula. Mungkin boleh ditambah pada watch list?

Ini pula 6 drama lain yang bakal ditayangkan sepanjang bulan Disember, klik pada pautan di bawah untuk membaca!

6 Drama Korea Yang Menarik Untuk Anda Tonton Sepanjang Bulan Disember Ini

10 Drama Korea Terbaik Bertemakan ‘Time Travel’ Yang Wajib Anda Tonton

Sumber