Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berlangsung awal tahun ini, sebahagian besar syarikat di negara kita telah terjejas sekaligus menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan dan mengalami kesukaran hidup.

Ramai dalam kalangan mereka ini yang kemudiannya terpaksa meninggalkan pekerjaan mereka sebelum COVID-19 dan beralih untuk melakukan kerja-kerja sambilan agar dapat meneruskan kehidupan masing-masing.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Seperti kisah wanita ini yang tular di media sosial yang menyediakan perkhidmatan membersihkan rumah di sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar, Perak selepas mengambil cuti tanpa gaji daripada pekerjaannya di lapangan terbang sebelum ini.

Pemilik ciapan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai @maigadsha  ini dahulunya merupakan salah seorang Pegawai Penumpang di Bahagian Pengendalian Darat, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak 2019.

Sewaktu dihubungi  The Vocket, beliau  bagaimanapun menjelaskan terpaksa mengambil cuti tanpa gaji dan membuat dua kerja sambilan akibat terkesan dengan COVID-19 dan PKP.

photo_2020-11-09_12-46-36

Beliau ketika masih bertugas di lapangan terbang sebelum ini.

Susulan daripada beberapa kejadian itu beliau kini menjelaskan sedang menjalankan bukan satu tetapi dua kerja sambilan iaitu bercucuk tanam selain menawarkan perkhidmatan membersihkan rumah.

“Pada awalnya, saya berhasrat untuk menceburi di dalam bidang perniagaan iaitu membuka restoran makan di Amanjaya tetapi disebabkan PKP hasrat tersebut terpaksa saya tangguhkan.

“Kerana kebanyakan pengunjung yang datang adalah dari KL, jadi saya terpaksa batalkan niat,” luah beliau.

Mahal berbanding ‘maid’ Indonesia

Walaupun ramai di antara mereka yang memberi komen positif, namun ada juga netizen yang membidas mengenai harga yang ditawarkannya sedikit mahal jika dibandingkan dengan pekerja asing seperti warga Indonesia.

Namun, beliau tetap bersikap terbuka dan menjelaskan upah dan caj yang dikenakan pekerja pembersihan itu sebenarnya terpulang kepada individu masing-masing.

d3976ad0-144d-48fa-9994-4b77a32f9f17

Sumber: Twitter

“Saya tak kisah sangat sebenarnya. Sebab maid dari Indonesia macam kita juga, ada yang demand tinggi dan biasa. Kalau macam mereka ini buat cuci-cuci 8 jam RM180.

“Kalau ada rezeki dan jika orang beri kepercayaan dekat kita orang Malaysia untuk bersihkan, apa salahnya,” pesannya.

Masih ramai yang susah

Walaupun keadaan ketika ini sangat menghimpit bagi dirinya, namun beliau menjelaskan ianya adalah lebih baik untuk tidak berasa terlalu terkesan dengan situasi berkenaan.

Ini kerana menurutnya walaupun ditimpa kesusahan masih terdapat ramai ahli masyarakat di luar sana yang sedang berhadapan dengan kesusahan yang lebih hebat daripadanya.

photo_2020-11-09_12-47-33

Beliau ketika sedang melakukan kerja-kerja membersihkan rumah.

“Pesanan saya, banyakkan fikir yang baik baik, bagi saya sendiri, saya kawal pemikiran dan mental saya, taknak terlampau tertekan, terlampau down.

“Sebab rezeki Allah ini luas, rezeki sihat tubuh badan, walau macam mana pun jangan pernah putus asa, kita masih muda and fikiran pun masih kreatif. Orang akan cari kita kalau kita rajin. insyaAllah,” kongsinya.

Malah beliau menjelaskan tidak terlalu risau dengan apa yang dilakukannya ketika ini kerana baginya rezeki tuhan itu luas dan ada di mana-mana.

“Tak apa, hari ini kita makan apa yang ada.

“Esok lain cerita jadi kita fikir esok saja. Rezeki selalu ada dekat mana mana,” jelasnya sebelum mengakhiri perkongsiannya bersama kami.

Baca juga perkongsian menarik daripada kami mengenai perkembangan semasa COVID-19 dalam negara melalui pautan di bawah. 

‘Tidak Mahu Dan Sila Cucuk Menteri Dahulu’- KJ Kongsi Gelagat Netizen Facebook Tidak Percaya Vaksin

Keluarga Difitnah Dan Dipulau, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Dilayan Bagai Penjenayah Selepas Positif COVID-19

Dakwa COVID-19 Agenda Freemason Dan Yahudi, PU Azman Sekolahkan Kumpulan Teori Konspirasi

Anda Mungkin Suka