Bintang bola sepak berdarah Melayu Kelantan yang kini sedang meningkat naik, Wan Kuzain baru sebentar tadi mencipta jaringan untuk kelabnya, Sporting Kansas City dalam perlawanan Major League Soccer (MLS) menentang Minnesota United FC. Lebih menarik ini baru penampilan kedua beliau untuk kelab Sporting Kansas.

Dalam video yang dikongsi Team Malaysia ini, percubaan dalam kotak penalti Wan Kuzain menerjah masuk gawang dan gol seperti ini semestinya satu impian untuk setiap anak muda, lagi-lagi di liga yang ada nama seperti MLS.

Wan Kuzain adalah pemain bola sepak remaja yang kini sedang menempa nama di MLS. Wonder kid terbaru Sporting Kansas City pasti akan membuat lebih banyak magik di atas padang selepas ini. Tahniah atas jaringan pertama anda, Wan Kuzain!