Umum mengetahui bahawa sebelum kita menaiki penerbangan, selain daripada semakan di kaunter imigresen, kita juga perlu melalui satu lagi fasa iaitu pemeriksaan keselamatan dimana barangan seperti pasport, jam tangan, telefon bimbit letakkan di dalam bekas dan jika membawa barangan cecair melebihi 100ml perlulah dihabiskan atau dibuang.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @andreas_tomazou_travel yang merupakan seorang pelancong asing telah berkongsi sebuah video yang memaparkan rasa tidak puas hatinya dengan situasi yang dihadapinya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ketika mahu menaiki penerbangannya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@andreas_tomazou_travel

| This is insane guys🤯🤯 like this they force you to buy water from the plane 3-4 times than normal price! Come on! This is water! #traveler #airport #travel #traveltok #Kulairport #asia #malaysiatiktok #kualalumpurmalaysia #malaysia #kualalumpur #traveling #travelaroundtheworld

♬ original sound – andreas_tomazou_traveller

Menerusi video terbabit, lelaki tersebut mengatakan dirinya sudah ke 51 negara tetapi ini baru pertama kali berdepan situasi seperti itu dimana air mineral yang dibelinya di KLIA tidak dibenarkan dibawa masuk ketika pemeriksaan keselamatan.

Malah, dia juga mendakwa bahawa ini adalah taktik untuk memaksa penumpang membeli air di dalam kapal terbang dan mengatakan bahawa ia akan menyusahkan penumpang jika mereka tidak mempunyai wang untuk membeli air di dalam penerbangan mereka.

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian rakyat Malaysia dan rata-rata netizen mengecam tindakan pelancong itu kerana tidak menghormati undang-undang serta mengatakan botol yang kosong boleh dibawa masuk serta boleh isi semula di dalam.

Tidak hanya itu, para netizen turut mengatakan bahawa sepatutnya pelancong itu membaca guidelines terlebih dahulu sebelum melancong ke sesuatu tempat dan mematuhi undang-undang di sesuatu destinasi.