Pada ketika ini, pemilik iPhone 13 Pro Max sedang mengalami mimpi ngeri dengan masalah white screen secara tiba-tiba pada peranti mereka. Siapa sangka menerusi siri iPhone 14 Pro Max yang terkini juga sudah dikesan mempunyai masalah seumpama white screen pada skrinnya.

Menerusi perkongsian seorang ahli kumpulan Malaysia iPhone users, peranti miliknya iaitu iPhone 14 Pro Max sudah dikesan mempunyai masalah white dot pada skrin. Jika dilihat dengan teliti gambar yang diberikan, skrin tersebut mempunyai satu titik kecil seakan kesan piksel terbakar padanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Facebook Malaysia iPhone Users

Beliau menyatakan sebelum ini tidak kelihatan masalah tersebut namun kini berjaya dikesan selepas melakukan ujian LED skrin menerusi laman di dalam talian. Masalah ini dipandang serius memandangkan ia boleh merebak keseluruh skrin yang menyebabkan kegagalan berfungsi akhirnya.

Malah, ramai menjangkakan masalah ini akan berlaku kepada pengguna- pengguna iPhone 14 Pro yang lain juga pada masa kelak sepertimana yang menimpa kepada pengguna iPhone 13 Pro pada ketika ini.

Hal ini kerana beliau menegaskan tidak pernah menggunakan Always on Display atau pun menaikkan kecerahan ke tahap maksimum. Jadi, agak mustahil untuk skrin menghadapi masalah piksel terbakar jika tidak pernah menggunakan skrin dengan kadar kecerahan yang tinggi dalam jangka masa panjang.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada masalah white dot ini benar-benar berpunca daripada kualiti skrin yang digunakan atau pun hanyalah unit yang tidak bernasib baik di dalam sesebuah batch sahaja. Pengguna yang menghadapi masalah sedemikian, bolehlah mendapatkan bantuan daripada pengedar rasmi Apple di Malaysia.

Sumber