Tidak semua kanak-kanak dapat melalui zaman keriangan di usia muda mereka. Tambahan pula, pada musim pandemik COVID-19 ini telah memaksa segelintir kanak-kanak bekerja bagi membantu keluarga mereka.

Untuk tujuan itu, mereka anggup melakukan apa sahaja demi wang termasuk mengedar dadah. Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun ditahan polis semasa mahu mengedar dadah jenis kokain kelas A di United Kingdom.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kanak-kanak terbabit yang masih bersekolah rendah di Cambridgeshire itu telah mencatatkan rekod gelaran pengedar dadah termuda di United Kingdom. Walaupun ditahan, namun pihak berkuasa tempatan tidak mendakwa kanak-kanak tersebut kerana kes ini masih kes jenayah bawah umur seperti tertakluk di bawah peraturan jenayah bawah umur UK dan Wales.

Susulan daripada kes ini yang mulai tular, para pakar berpendapat bahawa kanak-kanak ini sepertinya dipergunakan oleh ibu bapanya atau adik-beradiknya yang lain untuk mengedar dadah.

Dalam pada itu, salah seorang bekas pesalah kes juvana, Junior Smart berkata, kemungkinan ada golongan dewasa yang tidak mahu mengambil risiko lalu mempergunakan kanak-kanak ini untuk mengedar dadah demi kepentingan diri mereka sendiri.

“Sejak pandemik COVID-19 melanda, kita boleh lihat ramai yang terkesan dan kehilangan pekerjaan. Situasi ini telah memaksa ibu bapa menyuruh anak-anak mereka bekerja untuk mendapatkan wang.

“Untuk tujuan itu, kanak-kanak ini dipergunakan dan mengedar dadah merupakan jalan penyelesaian yang pantas untuk mengatasi masalah kewangan keluarga,” katanya memetik laporan Metro.

Untuk rekod, portal The Mirror telah melakukan kaji selidik sejak lima tahun lalu dan mendapati, hampir 16,000 kes jenayah bawah umur melibatkan suspek berusia sembilan tahun telah pun dilaporkan kepada pihak polis tempatan.

Baca lagi kisah menarik mengenai kanak-kanak di Mexico yang dipaksa berhenti sekolah dan sertai militia untuk mempertahankan kampung mereka daripada kartel dadah.

Kanak-Kanak Mexico Dipaksa Berhenti Sekolah, Sertai Militia Pertahan Kampung Daripada Kartel Dadah

Kanak-Kanak Kecil Hanya Dibayar RM35 Sebulan Untuk Kerja Berat Di Bangladesh

Kanak-Kanak 12 Tahun Curi Kad Kredit Ibu Dan Mengembara Sendiri Ke Bali