Siapa sangka bayi yang baru sahaja lahir juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa wabak COVID-19. Kes ini turut berlaku di Thailand melibatkan bayi yang dinamakan sebagai Pha Kin yang disahkan positif COVID-19.

Berita yang menimbulkan kerisauan buat orang ramai ini nyata memberi sedikit kelegaan apabila bayi yang berusia satu bulan ini kini dilaporkan pulih daripada COVID-19.

Kejayaan bayi ini hasil usaha keras pihak hospital Samut Prakan, Thailand sekaligus membuatkan bayi ini sebagai antara manusia termuda pulih daripada wabak COVID-19.

thailand-mini-face-mask-babies_da1z
Bayi Pha Kin turut diberikan pelindung muka bagi mengelakkan daripada penyebaran wabak COVID-19. Sumber: Mashable

Mengulas mengenai strategi bagaimana bayi ini dirawat, pihak hospital dilaporkan memberi rawatan ubatan-ubatan selama 10 hari berturut-turut. Menurut pihak hospital, wabak yang menjangkiti bayi ini menunjukkan simptom yang kurang serius berbanding pihak dewasa.

Dalam pada itu, merawat bayi ini nyata memberi cabaran buat pihak hospital memandangkan ubatan yang digunakan sedikit berbeza dari segi dos berbanding pihak dewasa. Setakat ini Thailand sudah merekodkan lebih 2,854 kes serta 50 kematian disebabkan wabak COVID-19.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Situasi sedikit berbeza dengan pesakit di Wuhan dimana pesakit dapati warna kulit muka beliau berubah selepas pulih daripada COVID-19.

Doktor Di Wuhan Dapati Warna Kulit Muka Berubah Selepas Pulih Daripada COVID-19

Tidak Ubah Seperti Di ‘War Zone’, Dr Say Kongsi Pengalaman Bertugas Di Zon Merah COVID-19

Sumber