Kecoh baru-baru ini apabila pelawak dari Singapura Jocelyn Chia membuat ‘lawak’ melibatkan negara Malaysia serta turut menyentuh isu MH370 yang melukakan pelbagai pihak.
Lawak yang dianggap tidak sensitif itu telah mendapat tentangan hebat oleh orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang berang dengan kata-katanya.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Kongsikan Cara Beli Kereta Terpakai Di Bawah ‘Market Value’
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
Hal ini membuat Jocelyn Chia diserang hebat oleh para netizen menerusi platform media sosial yang dimiliki beliau termasuk Comedy Central yang merupakan tempat beliau membuat stand-up comedy.
Walau bagaimanapun, Jocelyn Chia baru-baru ini dilihat kembali di Instagram memaklumkan Instagram beliau bukannya ditutup atau tidak lagi aktif ekoran menerima kecaman sebaliknya pihak Instagram mendakwa akaun beliau mirip selebriti.
Dalam pada itu, tempoh aktif beliau di Instagram hanyalah bertahan buat beberapa jam sahaja. Berdasarkan semakan terbaru, akaun Instagram beliau sekali lagi tidak dapat diaktif. Berikut merupakan antara respon netizen sejurus selepas mendapati Jocelyn Chia aktif di Instagram.
Meskipun membuat jenaka mengenai Malaysia mendakwa negara Malaysia tidak mempunyai jaringan internet, terdapat netizen yang turut mendapati Jocelyn Chia turut pernah ‘cari makan’ di Malaysia pada tahun 2018.
Berdasarkan semakan baharu, Instagram Jocelyn Chia tidak lagi aktif. Malah, terdapat netizen yang turut menyerang beberapa platform media sosial atau tempat yang bakal beliau membuat stand-up comedy sebagai tanda menolak tindakan yang dilakukan beliau terhadap Malaysia.