Bagi pengguna jambatan yang menghubungkan kawasan Wangsa Walk dengan LRT Sri Rampai, sudah pasti anda menarik nafas lega kerana eskalator pada jambatan itu dapat beroperasi semula setelah sekian lama ianya gagal berfungsi.

Namun, baru-baru ini Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah memuat naik rakaman sekumpulan remaja nakal menekan butang kecemasan pada eskalator itu untuk menghentikan operasinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Min tak pasti apa niat sebenar remaja ni tetapi apa yang beliau lakukan ni dikategorikan sebagai perbuatan vandalisme.

“Butang kecemasan hanya digunakan pada saat-saat genting dan salah guna butang tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada eskalator dan akhirnya menimbulkan kesulitan kepada pengguna lain,” tulis pengendali Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Perkongsian video itu telah mengundang kemarahan netizen selepas melihat tindakan remaja terbabit kerana ia menyusahkan pengguna jambatan tersebut dan juruteknik untuk menghidupkan semula eskalator tersebut.

Sumber Gambar: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Sumber Gambar: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Sumber Gambar: Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Dalam pada itu, ada juga warganet memberikan pendapat yang berbeza dengan menyatakan eskalator tersebut kelihatan seperti ‘tersangkut-sangkut’, jadi remaja terbabit membuat keputusan untuk menutup eskalator itu daripada mengganggu keselesaan pengguna.

Ada juga netizen yang berprasangka baik dengan menyatakan oleh sebab tiada pengguna, jadi remaja itu menekan butang kecemasan untuk menghentikan operasi daripada ia membazirkan elektrik sahaja.

Mereka juga mencadangkan agar pihak LRT dapat mengantikannya dengan eskalator dilengkapi sensor yang hanya beroperasi apabila ada orang mahu menggunakannya seperti yang digunakan di beberapa pasaraya terkemuka.

Semoga eskalator Sri Rampai itu tidak menghadapi sebarang masalah selepas insiden itu berlaku baru-baru ini. Difahamkan eskalator itu baru sahaja beroperasi lima hari lalu, selepas lima tahun tidak dapat berfungsi.

Pada bulan Mac lalu, eskalator pada jambatan yang menghubungkan LRT Ampang Park dengan bangunan The Intermark telah terbakar dipercayai berpunca daripada lintas pintas. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Eskalator Stesen LRT Ampang Park Terbakar 90 Peratus, Dipercayai Berpunca Daripada Litar Pintas

‘Sampai Bila Kena Beratur?’ – Pengguna Kecewa Isu Kesesakan LRT Semakin Meruncing

‘Claim’ Tempat Duduk Dalam MRT Miliknya, Tindakan Warga Emas Maki Wanita Ini Bikin Netizen Bengang