Lama dinantikan orang ramai, Pulau Langkawi akhirnya mulai menerima kemasukan pelancong pada 16 September 2021 sempena Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Sinar Harian, sebanyak 18 penerbangan dilaporkan tiba sepanjang hari membawa 2,200 penumpang manakala 1,000 pelancong lagi tiba menerusi feri dari Terminal Feri Kuala Perlis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: berita harian

Menurut kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, beliau menjangkakan sekitar 30,000 pelancong bakal memasuki Pulau Langkawi sekitar dua minggu ini manakala sekitar 200,000 pelancong bakal memasuki pulau tersebut menjelang Disember kelak.

Setakat ini masih belum terdapat pelancong yang dikompaun gara-gara ingkar SOP sewaktu berada di pulau berkenaan menerusi laporan daripada Harian Metro.

Menerusi saranan pelancong yang ke pulau tersebut, mereka menasihatkan agar orang ramai tiba ke lapangan terbang atau jeti dengan lebih awal dalam memudahkan urusan untuk membuat ujian pengesanan COVID-19 sebelum memasuki pulau tersebut.

Ketahui juga mengenai Resorts World Langkawi yang menawarkan penginapan lima bintang dengan harga mampu milik.

Resorts World Langkawi Tawarkan Penginapan Lima Bintang Dengan Harga Mampu Milik

Dibenarkan Merentas Negeri, Pelancong ‘Sapu Licin’ Coklat Di Langkawi