Pada minggu ini Apple telah melancarkan telefon terbaru mereka menerusi siri iPhone 12. Pelancaran model ini telah menimbul kontroversi selepas Apple tidak menawarkan charger dan EarPods bersama iPhone yang dibeli.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai membincangkan soal apakah untuk berbaloi untuk mendapatkan model terbaru Apple ini atau sebaliknya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

EkOo-1QUcAAyCVq (2)

Dalam pada itu, reaksi pengguna di China sahaja sudah cukup untuk membuktikan siri iPhone sudah berjaya menarik perhatian ramai. Berdasarkan laporan daripada SCMP, sebanyak 2.3 juta tempahan telah dibuat menerusi laman web popular di China bagi mendapatkan siri iPhone 12 setakat 16 Oktober lalu.

Difahamkan iPhone 12 lebih banyak mendapatkan sambutan berbanding model Pro. Permintaan yang tinggi daripada pengguna di China ini secara tidak langsung membuktikan ketiadaan palam pengecas atau EarPods bukan penghalang buat jenama ini menjual produk keluaran mereka.

iPhone 12

Lebih hebat, jenama ini optimis untuk menawarkan sebanyak 80 juta unit siri iPhone 12 menjelang akhir tahun ini bagi memenuhi permintaan pengguna seluruh dunia.

Model terbaru ini menjadi kegilaan ramai menerusi penawaran rekaan baharu, sokongan internet 5G serta kualiti kamera yang turut dipertingkatkan. Setakat ini, masih belum diketahui bilakah Apple bakal menawarkan siri iPhone 12 secara rasmi.

Sebaik sahaja Apple melancarkan siri iPhone 12, jemaa ini terus menerima kecaman dan troll daripada jenama pesaing.

Gara-Gara Tidak Lagi Sertakan ‘Charger’ Bersama iPhone, Apple Diperli Samsung Dan Xiaomi

Apple iPhone 12 Disahkan Tidak Lagi Menawarkan ‘Charger’ Dan EarPods

4 Model Siri iPhone 12 Dilancarkan Apple Bermula Daripada RM3,399

Sumber