Baru sahaja diumumkan pada 11 November lalu dan dibuka tempahan hari seterusnya, konsol generasi terbaru daripada Sony ini nampaknya sudah habis ditempah hampir seluruh dunia.

Malah di Malaysia sahaja, PlayStation 5 (PS5) ini habis ditempah dalam tempoh seminit sahaja. Situasi yang sama turut berlaku di beberapa negara lain sekaligus membuatkan hadirnya penjual pihak ketiga atau reseller yang sedia menawarkannya dengna harga yang jauh lebih tinggi buat mereka yang berminat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

25k

Bermula dengan penjualan dua kali ganda, siapa sangka konsol ini telah dijual dengan harga sehinga $25,000 (~RM102,887.50) di laman Ebay. Lebih mengejutkan, terdapat reseller yang sanggup menawarkannya dengan harga sehingga AU$50,100 (RM150,489).

Sehubungan dengan penjualan semula Sony PS5 dengan harga tidak masuk akal, pihak Sony turut mengumumkan untuk para peminat bersabar kerana lebih banyak konsol bakal dihasilkan dan ditawarkan mengikut harga yang ditetapkan.

Di Malaysia, Sony mengumumkan PlayStation 5 bakal ditawarkan pada harga RM1,869.

PlayStation 5 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 11 Disember Dengan Harga RM1,869

Baru Seminit Dibuka Pra-Tempahan, PlayStation 5 ‘Sold Out’ Di Laman Sony Malaysia